DEFINISI
Berdasarkan kamus dewan motivasi
bermaksud keinginan yag kuat atau semangat yang kuat yang mendorong untuk
berusaha atau melakukan sesuatu untuk
mencapai kejayaan.
Mengambil kira pandangan dari
(Plotnik, 1998) pula, beliau mendefinisikan motivasi sebagai faktor
fisiologikal dan psikologikal yang menyebabkan individu bertindak atau
bertingkah laku di dalam cara yang spesifik dan pada masa-masa tertentu. Secara
umumnya pengertian konsep motivasi dapat dijelaskan sebagai keadaan dalaman diriyang
membangkit, menguasai dan mengekalkan sesuatu tingkah laku dalam diriseseorang
itu(Woolfolk, 1998).
Menurut (Kalat, 1999), motivasi
adalah datang daridalaman yang bergerak secara terus untuk menggerakkan
individu manakala menurut(Moriss & Maisto, 1999), motivasi adalah satu
bentuk arahan yang datang dari dalam diri individu secara paksa untuk memenuhi
keperluan dan kehendak individu yang akhirnya membangkitkan organisma untuk
menuju kepada matlamat.
Menurut Woo Hock (1990) motivasi
bermaksud kuasa dalaman yang membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku manusia. Atan Long (1978) berpendapat bahawa
motivasi sebagai penggerak yang merupakan tenaga yang menghala dan menguruskan
tingkah laku menuju kepada matlamat yg hendak dicapai.
Siti Hawa & Marof Redzuan
(1990) mendefinisikan sebagai peristiwa
menolak, menarik dan menggerak kita bertingkah laku dan mengkaji atau mengetahui kuasa yang
membentuk matlamat mengarah kearah
tingkah laku tersebut. Rahil Mahyuddin (2000) pula berpendapat bahawa motivasi
merupakan proses atau faktor yg mempengaruhi manusia bertindak, proses membangkitkan tingkah laku, proses
mengekalkan tingkah laku dan proses menyalur tingkah laku ke arah tertantu.
Menurut ( Strenberg, 1997),
motivasi adalah ‘impulse’ iaitu dorongan
atau bisikan hati, ‘desire’ iaitu
keinginan dan hasrat yang amat sangat, atau ‘needs’ iaitu keperluan yang menyebabkan seseorang
itu bertindak
a) Motivasi Intrinsik
Jenis motivasi ini dikaitkan dengan
faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa ingin tahu, dan rasa kepuasan
diri. Jenis motivasi ini dikenali sebagai motivasi dalaman (intrinsik). Ia juga
merupakan ciri semulajadi manusia, atau tabiat manusia, untuk cuba mengatasi
segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang diingininya (Reeve, 1996). Apabilaseseorang
itu mempunyai keinginan yang intrinsik, dia tidak memerlukan apa-apa insentif
atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat
memenuhi kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Mengikut Raffini (1996), motivasi intrinsik merupakan
‘…what motivates us to do something when we don’t have to do anything
(p.3).’
Menurut Bruner (1966) pula motivasi
instrisik dikaitkan dgn naluri ingin tahu atau dorongan untuk mencapai
kecekapan.Tambahan manusia cuba memenuhi keperluan fisiologi (capai sesuatu matlamat & psikologi kepuasan
peribadi)
Menurut Beron (1989) motivasi
instrisik merupakan sesetengah tingkah itu dilakukan kerana individu berkenaan
mendapat satu bentuk kepuasan dalaman atau sesuatu motivasi intrinsik hasil
daripada tingkah laku itu sendiri. Tidak semua rangsangan wujud secara semulajadi tetapi dibentuk daripada pengajaran dan
pembelajaran.
b)Motivasi Ekstrinsik
Jenis motivasi ini dikaitkan dengan faktor luaran diri atau faktor persekitaran
seperti hadiah atau ganjaran, tekanan sosial, hukuman, dan lain-lain. Jenis
motivasi ini dikenali sebagai ekstrinsik atau motivasi luaran.Motivasi
ekstrinsik adalah berlawanan dengan motivasi intrinsik di mana aktiviti yang
dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk
mengelak daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa sahaja
sebab selain daripada untuk pemenuhan kendiri. Hakikatnya seseorang itu sebenarnya tidak
berminat untuk melakukan aktiviti itu, tetapi sebaliknya
semata-mata untuk mendapat ganjaran.
Deci (1975) memberikan definisi
motivasi ekstrisik sebagai mambuat sesuatu aktiviti untuk mendapatkan sesuatu
ganjaran yang lain. Rangsangan luaran yg
merangsang individu melakukan aktiviti bagi mendapatkan faedahnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya berdasarkan kepada
sebahagian daripada definisi yang telah diungkapkan oleh para pengkaji
terdahulu mengenai apa itu motivasi maka, dapat dirumuskan bahawa motivasi
adalah satu desakan dari dalaman dan luaran seseorang individu itu yang mana
akan membangkitkan dan menggerakkan tingkahlaku individu tersebut kepada
sesuatu matlamat.
Motivasi adalah sesuatu yang
subjektif dan besar kemungkinan ia berkaitan dengan prestasi pekerja dan ketua
dalam sesuatu organisasi.Selain itu motivasi juga mengikut kehendak sendiri
termasuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menangani masalahdan
mengemukakan soalan semasa perbincangan dalam mesyuarat atau perjumpaan.
Motivasi adalah ‘sesuatu’ yang
dapat menumbuhkan semangat pekerja atau setiap individu dalam rangka mencapai
tujuan. Dengan motivasi yang kuat di dalam diri sendiri, seseorang individu
akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini
sehingga individu itu sendiri pun tidak ragu lagi untuk melangkah mencapai
tujuan dan cita-cita hidup.
Motivasi juga dapat disimpulkan
sebagai memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpa motivasi ,
sukar untuk mengharapkan pencapaian prestasi
yang baik. Oleh itu, dengan
memahami pengertian motivasi dan
mengetahui cara-cara meningkatkan
motivasi seseorang individu itu dapat menerapkan pada kehidupan seharian
sehingga boleh menikmati tugas-tugas dalam pekerjaan, mencapai hasil dalam
pekerjaan dan sebagainya.
Bagi meningkatkan motivasi
pekerja,ketua mestilah mengambil hati pekerja dengan memberikan ganjaran jika
seseorang pekerja dalam organisasi menunjukkan sikap yang baik seperti datang
awal ke pejabat,menyiapkan kerja mengikut masa yang ditetapkan, tidak merungut
apabila kerja diberikan dan sebagainya.
Selain itu, bagi mencapai
keberkesanan dalam kerja, ketua juga haruslah memberi motivasi kepada pekerja
dengan mengenakan hukuman kepada pekerja yang mempunyai sikap kurang
cemerlang.Sebagai contoh,pekerja yang datang lewat ke pejabat, tidak dapat
menyiapkan kerja dalam tempoh yang diberikan dan sikap-sikap negatif yang
lain.Hukuman dalam situasi ini seperti memotong gaji pekerja yang mempunyai
sikap-sikap negatif ini,tidak dapat bonus tahuna dan sebagainya. Oleh itu,pekerja akan
menunjukkan sikap yang cemerlang semasa bekerja kerana ingin mendapatkan bonus
atau ganjaran.
No comments:
Post a Comment