Tuesday 8 May 2012

~Pemilikan Perniagaan~

Assalamualaikum...
lma btoi xupdate blog..tp xlpas drpda smggu la..hihihi
Isnin mggu dpan dh start dinner kolej...so,sibuk skit la..huhuhu



Assignment pon dh byk skrg ni..tu la xmor dgr ckap family lg..
Kak dh ckap fokus msa bljaq kt U..sbb sem 1 senang,sem 2 susah,sem 3 lagi2 susah...
dan strusnya lgi............................................susah!!huhu
Main2 sgt ....huhu


xpa la pulun sihah mulai dri skrg!!
Kejar cita-cita..aku kan nk bukak perniagaan nnt...
ha!cerita pasal nk bkak perniagaan ni boleh la ceq cita skit pasai pemilikan perniagaan nih..


Ni ha:


PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

1. Memulakan sendiri

  •  menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
  •  usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
  •  usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan kreativiti sendiri.

2. Mengambil alih

  •  membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
  •  perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
  •  pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’ (goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.

3. Warisan

  •  mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain Globe Silk Store

4. Francais

  •  hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya
  •  Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
  •  Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
  •  Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor  sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti dan mematuhi syarat.  Contoh Marrybrown, England Optical

5. Diundang

  •  usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan kongsi atau pemegang saham
  •  dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.

ha..kwan2 y berminat nk memulakan perniagaan tu bca la ek..
semoga apa y dikongsi berguna!

Assalamualaikum:):)

No comments:

Post a Comment