Wednesday 9 May 2012

~PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN~

 SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL


  •  Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
  •  Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL

  •  Beri faedah atas simpanan
  •  Kenakan faedah atas pinjaman
  •  Buat pelaburan
  •  Utamakan keuntungan

SISTEM PERBANKAN ISLAM

  •  Berlandaskan prinsip Islam
  •  Tiada amalan riba dan faedah

JENIS BANK
  •  Bank pusat
  •  Bank perdagangan dan Bank Islam
  •  Bank Saudagar
  •  Bank Badan Berkanun
  •  Bank Koperasi

FUNGSI BANK NEGARA MALAYSIA
  •  Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
- wang kertas dan syiling
- kawal kiriman wang ke luar Negara
  •  Menjadi jurubank kepada kerajaan
- sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
- sebagai penasihat pelaburan kerajaan
- jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan
  •  Laksanakan dasar kewangan kerajaan
- awasi tahap kredit
- tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai
  •  Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
- sumber pinjaman terakhir

FUNGSI BANK PERDAGANGAN
  •  Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
  •  Beri kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
  •  Beri kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
  •  Beri perkhidmatan lain – kad kredit / peti simpanan selamat
FUNGSI BANK SAUDAGAR
  •  Terima simpanan dari syarikat besar
  •  Beri pinjaman
  •  Beri khidmat nasihat korporat
  •  Urus pelaburan syarikat berhad
  •  Tangung jamin terbitan syer
FUNGSI BANK BADAN BERKANUN
  •  Bank Simpanan Nasional
- Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
- Beri pinjaman – untuk beli rumah/kereta
- Tawar kad kredit – kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
- Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah
  •  Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
- Biaya aset tetap - tanah / bangunan
- Biaya modal kerja – beli bahan mentah/stok barang niaga
- Sedia skim kilang bimbingan – beri modal / khidmat nasihat
- Sedia tabung usahawan baru – bagi sektor pembuatan/pelancongan
- Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  •  Bank Pertanian Malaysia
- Beri pinjaman – beli tanah/ mesin
- Terima simpanan – akaun simpanan/tetap
- Beri kemudahan sewa jentera
- Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

FUNGSI BANK KOPERASI
  •  Terima simpanan
  •  Beri pinjaman
  •  Tawar perkhidmatan perbankan Islam

No comments:

Post a Comment